NIAN DI HATI

Suburnya nian sukar dimadah

  • Suburnya nian sukar dimadah
  • Mekar jiwa dilamar mimpi
  • Kasih sepantun tulisnya sudah
  • Hanya rindu ikatan hati
  • Berlumpur intan seri masih bertandang
  • Bagai bulan dipagar bintang
  • Angin berderu ombak mengalun
  • Melambai daun sedang rimbun
  • Sarat di hati rindu ditanggung
  • Airmata ku tak terbendung
  • Dikau ku sanjung cinta suci terulung
  • Di jiwa ku semakin ranum
  • Terpadamlah gundah di hati
  • Setenangnya air di kali
  • Hilanglah resah terpancar naluri
  • Janji yang diikat teguh berdiri
  • Lafazlah sejujur hatimu
  • Setulus halusnya budimu
  • Damaimu sesudah gerimis
  • Bawa daku bersama meniti pelangi
  • Ku yakin di sana menanti
  • Mahligai kencana abadi
  • Disaluti sutera asli
  • Selimut cinta aroma harum kasturi
  • Kasihmu beraja di hati
  • Kasihku bertahta di jiwa
  • Walaupun tiada di mata
  • Cintamu tetap sebati
  • Sungguh bererti kasih dan sayang
  • Seribu sumpah kau tunaikan
  • Cinta berkurun kasih berzaman
  • Kerana sayang ku turutkan
  • Guruh di laman umpamanya gurindam
  • Mengusap di hati yang rawan
  • Terpadamlah gundah di hati
  • Setenangnya air di kali
  • Hilanglah resah terpancar naluri
  • Janji yang diikat teguh berdiri
  • Lafazlah sejujur hatimu
  • Setulus halusnya budimu
  • Damaimu sesudah gerimis
  • Bawa daku bersama meniti pelangi
  • Ku yakin di sana menanti
  • Mahligai kencana abadi
  • Disaluti sutera asli
  • Selimut cinta aroma harum kasturi
  • Kasihmu beraja di hati
  • Kasihku bertahta di jiwa
  • Walaupun tiada di mata
  • Cintamu tetap sebati
00:00
-00:00
View song details
Tribute to my idol #DSSitiNurhaliza 💖💖💖

16 2 4395

7-4 00:32 OPPOCPH2185

Gifts

Total: 0 5

Comments 2