NIAN DI HATI

Suburnya nian sukar dimadah

  • Suburnya nian sukar dimadah
  • Mekar jiwa dilamar mimpi
  • Kasih sepantun tulisnya sudah
  • Hanya rindu ikatan hati
  • Berlumpur intan seri masih bertandang
  • Bagai bulan dipagar bintang
  • Angin berderu ombak mengalun
  • Melambai daun sedang rimbun
  • Sarat di hati rindu ditanggung
  • Airmata ku tak terbendung
  • Dikau ku sanjung cinta suci terulung
  • Di jiwa ku semakin ranum
  • Terpadamlah gundah di hati
  • Setenangnya air di kali
  • Hilanglah resah terpancar naluri
  • Janji yang diikat teguh berdiri
  • Lafazlah sejujur hatimu
  • Setulus halusnya budimu
  • Damaimu sesudah gerimis
  • Bawa daku bersama meniti pelangi
  • Ku yakin di sana menanti
  • Mahligai kencana abadi
  • Disaluti sutera asli
  • Selimut cinta aroma harum kasturi
  • Kasihmu beraja di hati
  • Kasihku bertahta di jiwa
  • Walaupun tiada di mata
  • Cintamu tetap sebati
  • Sungguh bererti kasih dan sayang
  • Seribu sumpah kau tunaikan
  • Cinta berkurun kasih berzaman
  • Kerana sayang ku turutkan
  • Guruh di laman umpamanya gurindam
  • Mengusap di hati yang rawan
  • Terpadamlah gundah di hati
  • Setenangnya air di kali
  • Hilanglah resah terpancar naluri
  • Janji yang diikat teguh berdiri
  • Lafazlah sejujur hatimu
  • Setulus halusnya budimu
  • Damaimu sesudah gerimis
  • Bawa daku bersama meniti pelangi
  • Ku yakin di sana menanti
  • Mahligai kencana abadi
  • Disaluti sutera asli
  • Selimut cinta aroma harum kasturi
  • Kasihmu beraja di hati
  • Kasihku bertahta di jiwa
  • Walaupun tiada di mata
  • Cintamu tetap sebati
00:00
-00:00
ดูรายละเอียดเพลง
Let's listen to my solo!

22 6 4433

2024-11-9 15:23 realmeRMX3840

ชาร์ตของขวัญ

รวม: 5 163

ความเห็น 6

  • Tokwansabila 2024-11-9 19:12

    🅽︎🅸︎🅲︎🅴︎ 🅾︎🅲︎ 🅼︎🆈︎ 🅵︎🆁︎🅴︎🅽︎‼️ 🅶︎🆁︎🅴︎🅰︎🆃︎ 🅿︎🅴︎🆁︎🅵︎🅾︎🅼︎🅰︎🅽︎🅲︎🅴︎‼️ 🌹🌹🌹💎💎💎🌹🌹🌹 ❤️~tokwansabila~❤️

  • જ⁀➴ ♡𝒪ϻ͢͢͢iinah ӃᴀᏒᴏcҡ 2024-11-10 10:29

    ´¨🌹🌹 ¸.·´¸.·*´¨) ¸.·*¨) 𝑻𝑬𝑹𝑩𝑨𝑰𝑲 𝑳𝑨𝑮𝑼 (¸.·´ (¸.·`🌹🌹 𝑴𝑬𝑵𝑮𝑯𝑰𝑩𝑼𝑹𝑲𝑵👏👏𝑩𝑬𝑺𝑻 ┅═ই✯͜͡❂𝑩𝒚➷﷽ ᴍɪɪɴᴀʜ ᴋᴀʀᴏᴄᴋ 🎤

  • Adam Mukhreez Bin Jully 2024-11-12 14:40

    Can't help being your super fan

  • Baby Shaa 2024-11-12 15:39

    🥰🥰I'd like to share to my Instagram 😍

  • Tokwansabila 2024-11-13 09:15

    🅽︎🅸︎🅲︎🅴︎ 🅾︎🅲︎ 🅼︎🆈︎ 🅵︎🆁︎🅴︎🅽︎‼️ 🅶︎🆁︎🅴︎🅰︎🆃︎ 🅿︎🅴︎🆁︎🅵︎🅾︎🅼︎🅰︎🅽︎🅲︎🅴︎‼️ 🌹🌹🌹💎💎💎🌹🌹🌹 ❤️~tokwansabila~❤️

  • ‪‪‪‪‪✪⃟⃟ ⃟ 𝓓❜𝓝𝓪𝓭𝓪࿐ 2024-11-28 19:51

    Kreenn🤩🤩👍👍