BUNGA ANGGERIK VOCAL

Apa dipandang kepada anggerik

  • Apa dipandang kepada anggerik
  • Tumbuhnya liar di dalam hutan
  • Mekar sehari besok binasa
  • Sebelum layu sudahpun mati
  • Bukan memandang kepada cantik
  • Pokok pangkalnya hati berkenan
  • Kalau sesuai budi bahasa
  • Sampai ke kubur bersatu hati
  • Bunga anggerik yang permai
  • Memang molek dipakai
  • Bunga anggerik yang permai
  • Memang molek dipakai
  • Banyaklah bunga di dalam taman
  • Apalah guna anggerik di desa
  • Molek pun tidak wangi pun bukan
  • Tidak sesuai untuk disunting
  • Sungguhlah puan bunga idaman
  • Indah kerana budi bahasa
  • Cantik tidak di tengah pekan
  • Cantik berbuai di hujung ranting
  • Bunga anggerik yang permai
  • Memang molek dipakai
  • Bunga anggerik yang permai
  • Memang molek dipakai
  • Bunga berseri disinar malam
  • Kumbang menari dengan cahaya
  • Alam kekasih bunga dikarang
  • Anggerik tak mungkin menukar ganti
  • Sudah menjadi aturan alam
  • Bunga penyeri taman bahgia
  • Kumbang memilih bukan sebarang
  • Anggerik di desa pujaan hati
  • Bunga anggerik di desa
  • Indah budi bahasa
  • Bunga anggerik di desa
  • Indah budi bahasa
00:00
-00:00
Lihat butiran lagu
Let's listen to my solo!

22 3 3238

7-10 18:13 OPPOCPH2333

Carta hadiah

Jumlah: 0 0

Komen 3