Dirantai Digelangi Rindu

Syahdu malam berlagu sepi

  • Syahdu malam berlagu sepi
  • Mengiring rawan dalam taman hati
  • Gelisah menanti kau kembali
  • Manja menagih bujukan di sisi
  • Kerana desakan cintaku
  • Dirantai digelangi rindu
  • Sehinggakan diri sanggup mengalah kepadamu
  • Dosamu ku anggapkan debu
  • Bisa diterbang angin yang lalu
  • Ku sedia memaafkan mu
  • Biar aku berparut seribu
  • Asal sembuh lukamu
  • Pahitku rasa madu
  • Pulanglah oh kasihku
  • Ku rayu kepadamu
  • Janganlah diturutkan mainan perasaan mu
  • Serikanlah duniaku yang semakin tandus dan gersang
  • Dengan belaian senda gurauan mu
  • Duhai sayang
  • Dosamu ku anggapkan debu
  • Bisa diterbang angin yang lalu
  • Ku sedia memaafkan mu
  • Biar aku berparut seribu
  • Asal sembuh lukamu
  • Pahitku rasa madu
  • Pulanglah oh kasihku
  • Ku rayu kepadamu
  • Janganlah diturutkan mainan perasaan mu
  • Serikanlah duniaku yang semakin tandus dan gersang
  • Dengan belaian senda gurauan mu
  • Duhai sayang
  • Oh pulanglah
00:00
-00:00
Xem chi tiết bài hát
jwb salam slownya lady🤭🤭🤭🤣❤️🌹🦋🧡

20 14 3002

6-25 10:06 XiaomiM2007J20CG

Quà

Tổng: 6 110

Bình luận 14