Zapin Bernasib

Berdahan condong limau kasturi

  • Berdahan condong limau kasturi
  • Daun selasih hamba lurutkan
  • Tinggallah kampung tinggal negeri
  • Kerana kasih hamba turutkan
  • Buah bidara di dalam puan
  • Dari kota dibawa orang
  • Sebak di dada mengenang tuan
  • Air mata jatuh berlinang
  • Hendak dirajuk pada siapa
  • Hendak mengadu orang tak sudi
  • Sedihnya hati tidak terkira
  • Kasih junjungan tidak peduli
  • Tuan umpama kain sutera
  • Hamba belacu tidak berseri
  • Tidak boleh diganding bersama
  • Kabur seri rosaklah nilainya
  • Baiknya benih padi seberang
  • Sayangnya lalang tumbuh melata
  • Sakit berkasih hamba seorang
  • Badan terbuang hidup derita
  • Masamnya nanas dari permatang
  • Daun pandan tidak berduri
  • Mengharap panas hingga ke petang
  • Rupanya hujan di tengah hari
  • Apalah guna kita bercinta
  • Siang malam merintih menanti
  • Apalah guna kita bersama
  • Diri terbuang orang tak sudi
  • Redalah andai jiwa derita
  • Esok mungkin tak lagi begini
  • Redalah andai bercerai cinta
  • Kalau itu ketentuan budi
  • Hendak dirajuk pada siapa
  • Hendak mengadu orang tak sudi
  • Sedihnya hati tidak terkira
  • Kasih junjungan tidak peduli
  • Tuan umpama kain sutera
  • Hamba belacu tidak berseri
  • Tidak boleh diganding bersama
  • Kabur seri rosaklah nilainya
  • Apalah guna kita bercinta
  • Siang malam merintih menanti
  • Apalah guna kita bersama
  • Diri terbuang orang tak sudi
  • Redalah andai jiwa derita
  • Esok mungkin tak lagi begini
00:00
-00:00
Xem chi tiết bài hát
快来听听我的独唱吧!

20 2 4140

6-15 11:09 Xiaomi21051182G

Quà

Tổng: 0 8

Bình luận 2