Pandang-pandang jeling-jeling

Cincin intan bunga selasih

  • Cincin intan bunga selasih
  • Mari dipakai di waktu petang
  • Kenapa tuan tak mahu berkasih
  • Adakah orang akan melarang
  • Kain sarung kain terendak
  • Memanglah manis kalau dipakai
  • Kalau takut dilambung ombak
  • Jangan berumah di tepi pantai
  • Menjeling menjeling kubertentang
  • Mata kita sama memandang
  • Kucuba kucuba nak bertanya
  • Siapa diakah namanya
  • Menjeling menjeling kubertentang
  • Mata kita sama memandang
  • Bercakap bertanya dan bermesra
  • Jangan sampai datang rumah
  • Tuai padi musim dah tiba
  • Mari menuai di waktu pagi
  • Kalau begini malang menimpa
  • Biar kuturut kata hati
  • Bunga selasih permainan budak
  • Daun sehelai dimakan kuda
  • Bercerai kasih bertalak tidak
  • Seribu tahun bertemu juga
  • Menjeling menjeling kubertentang
  • Mata kita sama memandang
  • Kucuba kucuba nak bertanya
  • Siapa diakah namanya
  • Menjeling menjeling kubertentang
  • Mata kita sama memandang
  • Bercakap bertanya dan bermesra
  • Jangan sampai datang rumah
  • Kereta kuda pedati lembu
  • Singgah mari di tepi kuala
  • Tuan sutera saya belacu
  • Mana 'kan boleh berganding sama
  • Burung jelatik sarang kedidi
  • Sarang tempua sarang berjuntai
  • Sungguhpun cantik sutera diuji
  • Belacu juga tahan dipakai
  • Menjeling menjeling kubertentang
  • Mata kita sama memandang
  • Kucuba kucuba nak bertanya
  • Siapa diakah namanya
  • Menjeling menjeling kubertentang
  • Mata kita sama memandang
  • Bercakap bertanya dan bermesra
  • Jangan sampai datang rumah
00:00
-00:00
Lihat rincian lagu
meh kta layan lagu asli..huhu.. jgn ikot colour duet tu..ikot original song ok..💕💕💕👌👌

16 6 1

2018-7-9 17:17 Elite 5

Tangga lagu hadiah

Total: 0 1

Komentar 6

  • Has82🇲🇾 2018-7-9 17:21

    termaaf bunga hutang dulu tgh abis

  • 🍀 Jie 🍀 2018-7-9 17:48

    xpeeee...thanks support

  • 👉mį§§ §węęţ👈 2018-7-9 21:21

    bessss layannn jeling²👍👍👍👍👍👍👍👍🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉💞💞💞💞💞💞🌹🌹🌹🌹🌹🌹

  • 🎀ᴅᴊᴹɪsᴢᴿûᴮᵞ🎀 yo 🎤🇲🇾 2018-7-9 23:32

    terbaikkkk🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀

  • 🍀 Jie 🍀 2018-7-10 14:27

    thank bgi bungaa💕🙏💕🙏💕🙏💕🙏

  • ❌~~❌ 2018-7-10 15:32

    sama2 frenz🌺🌺🌼👍👍