Mati Hidup Semula

Tak sudi memandang tidak mengapa

  • Tak sudi memandang tidak mengapa
  • Kerna ku mengerti aku insan hina
  • Tapi dengar apa ku katakan
  • Untuk pedoman di hari muka
  • Dulu hidup ku rasakan mati
  • Mata terbuka tapi tak berhati
  • Kini ku rasa dihidupkan kembali
  • Walau peritnya setengah mati
  • Baru ku kenal bulan dan bintang
  • Betapa indah dunia dipandang
  • Baru ku kenal ibu ayah adik abang
  • Kerana dulu fikiran melayang
  • Jalan nak ku lalu masih panjang
  • Akan ku rempuh hari mendatang
  • Kepadaku berilah perangsang
  • Agar kejayaan dapat ku julang
  • Manusia sepertiku usah kau hina
  • Kelak menambah sakit di dada
  • Selagi aku bernama manusia
  • Tak lepas dari salah dan dosa
  • Salah ku lakukan meruntuhkan nama
  • Kerna perbuatan mengikut rasa
  • Namun ku bersyukur pada yang Esa
  • Setelah mati ku hidup semula
00:00
-00:00
View song details
Let's hear it!

86 9 1784

2020-8-25 18:02

Gifts

Total: 0 24

Comments 9