Raja Simurgh

Musang bertongkat dari belukar

  • Musang bertongkat dari belukar
  • Raja burung bekal seruling
  • Rahsia dahan darilah akar
  • Macam Ali mahupun ginseng
  • Mulut kacip tersalah kata
  • Mahu timah atau trapu
  • Sama asal lain namanya
  • Dalam hati tak siapa tahu
  • Dari mana bunyi itu
  • Firasat bukan aku
  • Jantung ku mula laju
  • Tubuh ku mula kaku
  • Jasad ku bergetar bernafas dalam lagu
  • Mereka kata ada rahsia dibalik pintu
  • Aku berseloka bersidang alas buku
  • Teman ku hanya pena catit catat dari guru
  • Hiasan dalam diri tak dinilai ikut baju
  • Yang mana pakai baju ukur badan baru tahu
  • Alam Semesta berpusing sempoyongan ku runsing
  • Sibuk mereka hitung salah ku di atas dacing
  • Jasad belum terkubur tapi sudah mereka nilai
  • Ku abai si penilai anggap saja mereka murai
  • Benar kadang cukup buntu mana nak di tuju
  • Yang sini atau situ
  • Yang Hantu atau aku
  • Yang mana satu
  • Masih lagi keliru
  • Hantu Atau Aku
  • Musang bertongkat dari belukar
  • Raja burung bekal seruling
  • Rahsia dahan darilah akar
  • Macam Ali mahupun ginseng
  • Mulut kacip tersalah kata
  • Mahu timah atau trapu
  • Sama asal lain namanya
  • Dalam hati tak siapa tahu
  • Terbuka pintu hati
  • Nak berjalan ke laman
  • Mencari nak dipasti yang disetiap halaman
  • Halakan
  • Penghayatan yang krap kali khayalkan
  • Rumusan dek keratan takkan dirumus sekerat dan
  • Perlu ditafsir mahir
  • Taksiran isi zahir
  • Mencari yang terperinci asal awal hingga akhir
  • Kenali bayang diri berkepak atau berparuh
  • Mitosnya dari parsi jangan disaksi separuh
  • Separa paras prasaan prasangka
  • Sbelumnya sangkakala
  • Tak disangka tak terjangka macam rangka reka kerangka
  • Angka angka tak terkira takkan tercipta melulu
  • Kerap kedengaran hu hu
  • Bergema disetiap bucu
  • Dulu
  • Terburu-buru
  • Mengejar ilmu berbuku buku
  • Perlu berguru
  • Usah sendiri
  • Nak diselami
  • Menyelam rasa nikmati rohani
  • Jasmani yang harmoni
  • Kurniaan hakiki
  • Musang bertongkat dari belukar
  • Raja burung bekal seruling
  • Rahsia dahan darilah akar
  • Macam Ali mahupun ginseng
  • Mulut kacip tersalah kata
  • Mahu timah atau trapu
  • Sama asal lain namanya
  • Dalam hati tak siapa tahu
  • Mereka sibuk cemuh ku sibuk cari Simurgh
  • Hati teguh bersungguh gali ilmu walau jauh
  • Ku usung 4 watak dalam mencari Ad-din
  • Cukup seindah khirqa walau tak secantik satin
  • Sopan dalam tarian lidah tuturkan semua
  • Macam bunyi seloka lidah ku setajam pisau
  • Ku tidak pandai prosa puisi dalam ritma
  • Ku cuma ikut hati bila hud ku berkicau
  • Siang makin hirang malam makin terang
  • Burung hantu datang yang melihat aku helang
  • Ku datang menggalang bukan datang tuk berperang
  • Aturkan serampang dua mata sebelum ku pulang
  • Musang bertongkat dari belukar
  • Raja burung bekal seruling
  • Rahsia dahan darilah akar
  • Macam Ali mahupun ginseng
  • Mulut kacip tersalah kata
  • Mahu timah atau trapu
  • Sama asal lain namanya
  • Dalam hati tak siapa tahu
  • Musang bertongkat dari belukar
  • Raja burung bekal seruling
  • Sama asal lain namanya
  • Dalam hati tak siapa tahu
00:00
-00:00
Xem chi tiết bài hát
👏🏻🌼

43 2 4538

12-17 20:23

Quà

Tổng: 0 198

Bình luận 2