Takhta

Di mana tempat adanya kuasa

  • Di mana tempat adanya kuasa
  • Di situ juga adanya angkara
  • Di mana ada namanya manusia
  • Di situ juga adanya punca propaganda hipokrasi
  • Yang rendah ingin menjadi tinggi
  • Dan yang tinggi ingin mendominasi
  • Yang lemah ingin menjadi gagah
  • Dan yang gagah ingin terus berada di atas
  • Di dalam hiruk piruk kota
  • Dalam mengelar cita cita
  • Dimana ada kuasa dan takhta
  • Ramai yang telah menjadi mangsa
  • Bagaikan tiada penghujungnya
  • Bagaikan tiada titik nokhtah
  • Seakan sudah biasa
  • Entah bilakah akhirnya
  • Aku pernah berada di medan perang ciptaan saudara saudara ku
  • Bila harga nyawa lebih murah daripada sebungkus keju
  • Peduli apa katamu peduli apa kau mahu
  • Bila senjata ku hunus
  • Hanya ajal dan maut yang akan datang bertamu
  • Cuma hanya ini yang ku mahu
  • Bila kau menjadi kaku
  • Bila kau sudah layu
  • Bila kau tiada lagi bernyawa
  • Aku sudah berada di atas takhta
  • Di dalam hiruk piruk kota
  • Dalam mengelar cita cita
  • Dimana ada kuasa dan takhta
  • Ramai yang telah menjadi mangsa
  • Bagaikan tiada penghujungnya
  • Bagaikan tiada titik nokhtah
  • Seakan sudah biasa
  • Entah bilakah akhirnya
  • Saudara ku yang berada disekelilingku
  • Saudaraku yang sanggup menempuh maut dgn ku
  • Saudaraku yang hidup mati bersama aku
  • Saudaraku yang telah gugur kerana aku
  • Kerana kuasa aku telah menjadi lupa
  • Kerana kuasa aku hampir binasa
  • Hampir ku hilang nyawa hampir musnah semua
  • Ibarat mati hidup semula
  • Ku diberikan peluang untuk kali yang kedua
  • Supaya aku sedar
  • Supaya tak mudah lagi lupa
  • Supaya tak mudah megah
  • Dan di atas pasti kebawah
  • Giliran di bawah berlumba lumba bersedia menanti masanya
  • Untuk menimpa mengambil alih takhta
  • Tiada yang kekal lama semuanya hanya sementara
  • Kerana punca kerana angkara kerana kuasa dan takhta
  • Tiada yang lebih berkuasa selain dari yang berkuasa
  • Di dalam hiruk piruk kota
  • Dalam mengelar cita cita
  • Dimana ada kuasa dan takhta
  • Ramai yang telah menjadi mangsa
  • Bagaikan tiada penghujungnya
  • Bagaikan tiada titik nokhtah
  • Seakan sudah biasa
  • Entah bilakah akhirnya
00:00
-00:00
Xem chi tiết bài hát
Come to join my duet!

23 3 1

2022-10-26 19:47 vivo 1902

Quà

Tổng: 0 2

Bình luận 3