Damai Yang Hilang 1997

Tercalar pelangi

  • Tercalar pelangi
  • Dihiris gerimis
  • Senja pun merangkak
  • Menutup mentari
  • Terbias warnanya
  • Ke wajah
  • Lagu kedamaian tiada kedengaran
  • Bumi yang merekah
  • Disirami darah
  • Kemelut melanda
  • Tiada kesudahan
  • Penguasa bermaharajalela
  • Yang lemah
  • Menjadi mangsa
  • Anak anak kecil
  • Mengongcangkan ibunya
  • Yang lemah longlai
  • Tak lagi bernyawa
  • Jeritan suara
  • Batinnya
  • Tak siapa mendengarnya
  • Tergadaikan maruah
  • Oleh janji janji
  • Terbayarkah dengan
  • Nyawa dan darah
  • Soalan yang tiada
  • Jawapan
  • Kemanusiaan telah lama hilang
  • Digantikan binatang
  • Yang mengganas
  • Musnah kasih sayang
  • Dan persaudaraan
  • Tandus akhlak
  • Dan keimanan
  • Menyemai persengketaan
  • Anak anak kecil
  • Mengongcangkan ibunya
  • Yang lemah longlai
  • Tak lagi bernyawa
  • Jeritan suara
  • Batinnya
  • Tak siapa mendengarnya
  • Kemanusiaan
  • Telah lama hilang
  • Digantikan binatang
  • Yang mengganas
  • Musnah kasih sayang
  • Dan persaudaraan
  • Tandus akhlak
  • Dan keimanan
  • Menyemai persengketaan
00:00
-00:00
查看作品详情
coba genre Malaysieee..🤓🤓🤓

27 0 4228

11-25 10:11 OPPOCPH1933

礼物榜

累计: 0 3

评论 0