Joget Malaysia

Datuk Panglima pergi membajak

  • Datuk Panglima pergi membajak
  • Ke tanah rata senja pulangnya
  • Datuk Panglima pergi membajak
  • Ke tanah rata senja pulangnya
  • Kalau Saloma orang yang bijak
  • Negeri kita apa namanya
  • Kalau Saloma orang yang bijak
  • Negeri kita apa namanya
  • Ikanlah keli di dalam perahu
  • Oranglah buta tangkap buaya
  • Ikanlah keli di dalam perahu
  • Oranglah buta tangkap buaya
  • Kalau Cik Ramlee ingin nak tahu
  • Negara kita nama Malaysia
  • Kalau Cik Ramlee ingin nak tahu
  • Negara kita nama Malaysia
  • Ramalah rama di pohon duri
  • Mati ditimpa si buah nangka
  • Ramalah rama di pohon duri
  • Mati ditimpa si buah nangka
  • Kalau Saloma orang bistari
  • Bulan berapa Malaysia merdeka
  • Kalau Saloma orang bistari
  • Bulan berapa Malaysia merdeka
  • Anak benggali ke kebun nyonya
  • Petiklah gambus anak Melaka
  • Anak benggali ke kebun nyonya
  • Petiklah gambus anak Melaka
  • Wahai Cik Ramlee ini jawabnya
  • Tiga puluh satu Ogos Merdeka
  • Wahai Cik Ramlee ini jawabnya
  • Tiga puluh satu Ogos Merdeka
  • Ke pasar lama membeli serai
  • Singgah bertanya Datuk Menteri
  • Ke pasar lama membeli serai
  • Singgah bertanya Datuk Menteri
  • Kalau Saloma orang yang pandai
  • Di mana letak Ibu Negeri
  • Kalau Saloma orang yang pandai
  • Di mana letak Ibu Negeri
  • Anaklah bilal dari Mentakab
  • Pergi ke Johor buat kenduri
  • Anaklah bilal dari Mentakab
  • Pergi ke Johor buat kenduri
  • Cik Ramlee soal mudah dijawab
  • Kuala Lumpur ibu negeri
  • Cik Ramlee soal mudah dijawab
  • Kuala Lumpur ibu negeri
00:00
-00:00
查看作品詳情
ayuh sama sama belajar ✌️😚

32 0 1550

2022-10-13 12:49 WIKOW-K560-TVM

禮物榜

累計: 0 4

評論 0