Puisi Malam

Kamar yang sunyi tiada berbunyi

  • Kamar yang sunyi tiada berbunyi
  • Aku dan pena punya itu memori
  • Khayalanku tinggi terbang dengan merpati
  • Indahnya hari ini puisiku menari
  • Dalam media ibaratnya tak sama
  • Luahan jiwa hati ni turut serta
  • Pelbagai stigma yang aku pernah lalu
  • Untuk apa dan siapa
  • Hanya Tuhan saja tahu
  • Alkisah ini dah banyak dipaparkan
  • Diwartakan oleh wartawan tetapi tidak sepadan
  • Dengan apa yang ku lalu masalah yang berliku
  • Mencari ku mencari solusinya digari
  • Inikah yang dikatakan pahit sukar dunia?
  • Manis sikit kurasa sejak digelar manusia
  • Pepohon yang 'kan mekar apakah 'kan baik saja?
  • Bunga yang kian segar apa boleh bertahan lama?
  • Puisi malam ini yeah
  • Pena aku
  • Tuhan tahu
  • Apa yang ku tak tahu
  • Kondisi hati ruang yang sepi
  • Menunggu takdir benar begini
  • Suratan ini bertulis tangan
  • Tak tergapai hanya kenangan
  • Setiap hari ku melangkah kaki kanan
  • Diri cakap kat hati supaya tahan tekanan
  • Dan aku ukir senyuman bila semangat tinggi
  • Dan bila ku bagi semua akhirnya patah hati
  • Apa semua ni bermakna untuk diri?
  • Dah cuba beri semua dengan sepenuh hati
  • Tapi pulangannya tak sama bila hujung hari
  • Oh lupa ni dunia banyak yang tak kenang budi
  • Di mana boleh berteduh bila langit tu gelap?
  • Di mana boleh berehat bila cahaya malap?
  • Bilakah bulan yang terang akan bersinar balik
  • Atau itu igauan mungkin mimpi ini pelik?
  • Dan puisi malam ini yeah
  • Pena aku
  • Tuhan tahu
  • Apa yang ku tak tahu
  • Kondisi hati ruang yang sepi
  • Menunggu takdir benar begini
  • Suratan ini bertulis tangan
  • Tak tergapai hanya kenangan
  • Andai pena punyai rasa
  • Andai hati tak lagi sama
  • Harap cahaya tu masih terang
  • Even kat sana tiada bayang
  • Aku mula dah berjalan
  • Lepas ni tiada halangan
  • Aku nak tengok gelak ketawa
  • Tatkala diri ni tak bernyawa
  • Huu selamat jalan bahtera
  • Yang aku bina selama
  • Sekian lama sebanyak mana
  • Memori itu takkan ku lupa
  • Wahai merpati yang aku jaga
  • Terbanglah dikau merata
  • Tulisan aku berteman alam
  • Ku simpan puisi malam
00:00
-00:00
查看作品詳情
Mari sertai duet saya!

165 18 2881

7-24 21:44 realmeRMX3943

禮物榜

累計: 1 640

評論 18