Suatu Persinggahan

Di sini kasih pernah berbunga

  • Di sini kasih pernah berbunga
  • Tiada harum tiada warna
  • Di sini cinta pernah membara
  • Tanpa dahan dan tanpa apinya
  • Begini yang kurasa
  • Hidup kita berdua
  • Di sini langit mendung selalu
  • Tiada cahya menyinariku
  • Di sini aku tiada berdaya
  • Mengikut kata tanpa bicara
  • Karena engkau tahu
  • Aku tidak sepadan denganmu
  • Hubungan kita suatu persinggahan
  • Bukan pengabadian yang rela
  • Pemergianku oh kerana terpaksa
  • Demi hidup yang lebih sempurna
  • Anggaplah kehadiranku
  • Hanya satu persinggahan
  • Aku tidak menjanjikan
  • Mahligai impian
  • Sebagaimana kau harapkan
  • Biarlah jauh dari pandangan
  • Daripada dekat penuh siksa
  • Biar berduka biar melara
  • Dari sengketa sepanjang masa
  • Janganlah engkau harap
  • Ku menghambakan diri
  • Nanti kau tahu ertinya sepi
  • Bagaikan pisau menghiris hati
  • Nanti kau tahu ertinya rindu
  • Bagai tersusuk duri sembilu
  • Batin akan tersiksa
  • Jiwa pasti merana olehnya
  • Hubungan kita suatu persinggahan
  • Bukan pengabadian yang rela
  • Pemergianku oh kerana terpaksa
  • Demi hidup yang lebih sempurna
  • Anggaplah kehadiranku hanya satu persinggahan
  • Aku tidak menjanjikan mahligai impian
  • Sebagai mana kau harapkan
  • Anggaplah satu persinggahan
00:00
-00:00
Lihat rincian lagu
jin jo ocmu adq 🙋‍♂️🙏🤝👌👏👏👍🏻

16 14 3955

6-18 22:22 OPPOCPH2387

Tangga lagu hadiah

Total: 1 31

Komentar 14