Pemergianmu

Kau masih tersenyum mengubat lara

  • Kau masih tersenyum mengubat lara
  • Selindung derita yang kau rasa
  • Senyuman yang mententeramkan
  • Setiap insan yang kebimbangan
  • Hakikatnya tak tertanggung lagi derita
  • Di pangkuan isterimu Humaira
  • Menunggu saat ketikanya
  • Di angkat rohmu bertemu Yang Esa
  • Tangan dicelup di bejana air
  • Kau sapu di muka mengurangkan pedih
  • Beralun zikir menutur kasih
  • Pada umat dan akhirat
  • Dan tibalah waktu ajal bertamu
  • Penuh ketenangan jiwamu berlalu
  • Linangan air mata syahdu
  • Iringi pemergianmu
  • Oh sukarnya untuk umat menerima
  • Bahkan payah untuk Umar mempercaya
  • Tetapi iman merelakan jua
  • Bahawa manusiakan mati akhirnya
  • Tak terlafaz kata mengungkap hiba
  • Gerhanalah seluruh semesta
  • Walaupun kau telah tiada
  • Bersemarak cintamu selamanya
  • Dan tibalah waktu ajal bertamu
  • Penuh ketenangan jiwamu berlalu
  • Linangan air mata syahdu
  • Iringi pemergianmu
  • Oh sukarnya untuk umat menerima
  • Bahkan payah untuk Umar mempercaya
  • Tetapi iman merelakan jua
  • Bahawa manusiakan mati akhirnya
  • Ya Rasulullah
  • Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
  • Dan bersaksilah sesungguhnya
  • Kami merinduimu
00:00
-00:00
Xem chi tiết bài hát
Let's listen to my solo!

13 3 3492

2021-12-25 21:14 INFINIX MOBILITY LIMITEDInfinix X688C

Quà

Tổng: 0 2

Bình luận 3