Mati Hidup Semula

Tak sudi memandang tidak mengapa

  • Tak sudi memandang tidak mengapa
  • Kerna ku mengerti aku insan hina
  • Tapi dengar apa ku katakan
  • Untuk pedoman di hari muka
  • Dulu hidup ku rasakan mati
  • Mata terbuka tapi tak berhati
  • Kini ku rasa dihidupkan kembali
  • Walau peritnya setengah mati
  • Baru ku kenal bulan dan bintang
  • Betapa indah dunia dipandang
  • Baru ku kenal ibu ayah adik abang
  • Kerana dulu fikiran melayang
  • Jalan nak ku lalu masih panjang
  • Akan ku rempuh hari mendatang
  • Kepadaku berilah perangsang
  • Agar kejayaan dapat ku julang
  • Manusia sepertiku usah kau hina
  • Kelak menambah sakit di dada
  • Selagi aku bernama manusia
  • Tak lepas dari salah dan dosa
  • Salah ku lakukan meruntuhkan nama
  • Kerna perbuatan mengikut rasa
  • Namun ku bersyukur pada yang Esa
  • Setelah mati ku hidup semula
00:00
-00:00
查看作品詳情
Mari sertai duet saya!

32 4 969

2020-5-17 12:16 OPPOCPH1701

禮物榜

累計: 0 1

評論 4

  • Adelia 2020-5-17 14:10

    Saya sangat sukakan suara awak. Saya rasa saya tenang sambil mendengar lagu awak. Tolong terus menyanyi

  • 🇲🇾🎸🙏REST🙏🎸🇲🇾 2020-5-17 17:06

    👍🌹💃🏻👋😊😀🎤🎵🙏🎆🎇

  • Oyong 2020-5-18 02:47

    betul ke Adelia terima kasih banyak ye😊🎶🎶🎶🎶🎶

  • Athiyyah 2020-5-28 21:46

    Mengharapkan nyanyian semula anda yang seterusnya!