Sejarah Pengorbanan

Haji mengingatkan kita sejarah

  • Haji mengingatkan kita sejarah
  • Pengorbanan pengorbanan yang ikhlas agung lagi suci
  • Kerana allah nabi ibrahim sembelih anaknya
  • Nabi ismail kerana allah nyawa tebusannya
  • Sejarah berkata lagi tentang pengorbanan itu
  • Siti hajar kerana allah taatkan suami tinggal sendiri
  • Tinggal di Tanah haram suami datang setahun sekali
  • Di tanah kering kontang hanya tawakal kepada ilahi
  • Tatkala nabi ismail lahir teruji lagi
  • Air susunya telah pun kering sama sekali
  • Siti hajar mencari air ke hujung ke pangkal berlari lari
  • Dari Safa ke marwah beberapa kali
  • Aduh hatinya cemas anak kecilnya tiada rezeki
  • Tapi hatinya teguh kepada allah yakin sekali
  • Di dalam mencari cari terpancar air dari bumi
  • Berkat dari tendangan kaki anaknya bakal nabi
  • Dia pun mengumpul air sambil bersyukur
  • Dengan menyebut zam zam zam zam
  • Itulah dia air zam zam yang kekal hingga ke hari ini
  • Mukjizat seorang nabi berkat isterinya
  • Sudahkah kita mengambil pengajaran dari cerita ini
  • Cintakan allah menegakkan agamanya wajib berkorban
  • Taat sabar dan tawakal jadikan pakaian
  • Cintakan allah pengorbananlah sebagai bukti
00:00
-00:00
Lihat butiran lagu
Let's listen to my solo!

1196 131 2398

2021-5-30 15:24 vivo 1820

Carta hadiah

Jumlah: 0 157

Komen 131