Air Mata

Air mata gembira mula mengalir

  • Air mata gembira mula mengalir
  • Bila lihat suaminya menukarkan kain lampin
  • Tangisan anak kecil baru lahir
  • Dalam dakapan ibu yang baru bersalin
  • Dan langkah kecil pertama di sambut dengan gelak ketawa
  • Satu keluarga terharu
  • Dan bila perkataan perdana diucap
  • Adalah mama kemudian papa
  • Sayu
  • Air mata gembira seorang bapa
  • Melihat anaknya menjaringkan gol kemenangan
  • Dengan perasaan yang sangat bangga
  • Dari tangga penonton dia melambaikan tangan
  • Air mata ayahbonda sebelum penerbangan
  • Hantar anak kesayangan melanjutkan pelajaran
  • Dunia ini mutiaramu sayang
  • Simpan air matamu jangan menangis sekarang
  • Jangan titis kan air mata
  • Walau rindu melanda
  • Biar ku pergi jangan kau bersedih
  • Bila aku tiada
  • Ku lap air matamu dari pipi
  • Tahan titisan air mata
  • Sayu tidak tersangka
  • Bila dikau tiada
  • Walau duka kerna kau sudah pergi
  • Ku lapkan air mata dari pipi
  • Air mata anak kecil
  • Di buli budak budak besar
  • Hari pertama di sekolah
  • Balik rumah bila mak tanya
  • Dia kata jatuh tangga walau memang teruk dibelasah
  • Air mata anak yang sudah remaja
  • Menangis dalam diam kerana putus cinta
  • Bila umur belasan banyak persoalan
  • Yang belum ada jawapan tapi itulah kehidupan
  • Air mata kawan kehilangan sahabat
  • Yang pergi dahulu dan rindu tidak terubat
  • Bagai isi dan kuku jalinan sungguh erat
  • Banyak nak diperkatakan tetapi tidak sempat
  • Air mata seorang anak dara
  • Meninggalkan keluarga jauh ke luar negara
  • Dunia ini mutiara mu sayang
  • Simpan air matamu jangan menangis sekarang
  • Jangan titis kan air mata
  • Walau rindu melanda
  • Bila aku tiada
  • Biar ku pergi jangan kau bersedih
  • Ku lap air matamu dari pipi
  • Tahan titisan air mata
  • Sayu tidak tersangka
  • Bila dikau tiada
  • Walau duka kerna kau sudah pergi
  • Ku lapkan air mata dari pipi
  • Jangan titiskan air mata mu
  • Jangan kau bersedih baby boo
  • Simpan air matamu untuk esok saja
  • Air mata gembira bila kita berjumpa
00:00
-00:00
查看作品详情
Come to join my duet!

21 0 2832

2021-8-15 04:36 OPPOCPH2083

礼物榜

累计: 0 5

评论 0