Usah Tergila Pandangan Pertama

Anak dara jangan dipeluk

  • Anak dara jangan dipeluk
  • Jika dipeluk patah pinggangnya
  • Pikat gadis memang seronok
  • Hilang seronok timbul bencana
  • Mati semut kerana gula
  • Kerana semut gula terbuang
  • Mula pandang jangan tergila
  • Mungkin si gadis di punya orang
  • Bukan ajar itik berenang
  • Hanya sekadar beri panduan
  • Pikat gadis bukanlah senang
  • Jika dirimu tidak bersopan
  • Kirim jangan pesan pun jangan
  • Samalah sama menanggung rindu
  • Cakap orang jangan hiraukan
  • Usul periksa terlebih dulu
  • Ukur baju badan sendiri
  • Tepuklah dada tanya selera
  • Kata janji jangan mungkiri
  • Jangan menyakit hati si dara
  • Bukan ajar itik berenang
  • Hanya sekadar beri panduan
  • Pikat gadis bukanlah senang
  • Jika dirimu tidak bersopan
  • Harap harap kepada tuan
  • Tidaklah tuan siapa lagi
  • Jika gadis sudah berkenan
  • Hatinya tidak berbelah bagi
  • Buang emak buang saudara
  • Kerana kasih aku turutkan
  • Bila kasih sudah bermesra
  • Usah kau tunggu lekas pinangkan
  • Bukan ajar itik berenang
  • Hanya sekadar beri panduan
  • Pikat gadis bukanlah senang
  • Jika dirimu tidak bersopan
00:00
-00:00
Lihat butiran lagu
Let's listen to my solo!

20 3 3058

6-23 07:28 OPPOCPH2269

Carta hadiah

Jumlah: 0 4

Komen 3